Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1. Orang lelaki yang
solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang
mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang
menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang
melarikan diri.
5. Orang lelaki yang
minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang
suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang
mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin
yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka
makan riba'.
10. Orang yang solatnya
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment